Wednesday, March 8, 2017

Hong Kong Day 1

Hong Kong Day 1:

Percutian pada penghujung bulan Februari yang lepas. Bertolak dari KLIA2 ke Hong Kong jam 8.45 pagi dan tiba pada jam 12.45 tengahari. Cuaca di HK agak baik dengan suhu kira-kira 15 degree celcius di sebelah petang dan kira-kira 10 degree celcium di sebelah malam. Agak blur bila tiba di airport dimana semua penumpang terus dibawa ke train station. Train membawa penumpang dari Terminal 2 dan Terminal 1 ke kawasan imigresen dan tuntutan bagasi. Travel time train ni lebih kurang 8 minit.

airport train membawa penumpang dari Terminal 1 ke Sky Pier

Urusan imigresen sangat pantas dan efisyen. Selesai urusan imigresen dan tuntutan bagasi, kami terus mencari kaunter jualan octopus card. Octopus card ni kiranya macam kad touch n go kalau di Malaysia. Selesai membeli kad, kami terus keluar dari airport untuk mencari bas bernombor A21 untuk ke hotel yang terletak di kawasan Mongkok. Actually ada banyak transportation option untuk ke hotel tetapi kami memilih bas kerana lebih murah dan agak senang untuk membawa beg-beg dan stroller bersama. Terdapat tempat simpanan beg, stroller dan lain-lain disediakan tetapi limit per person 2 beg sahaja. Perjalanan dari HK airport ke Mongkok station memakan masa lebih kurang 50 minit (bas ting tong banyak pit stop sikit). Bas berhenti di Mongkok MTR station dan dari sini kami berjalan ke hotel yang terletak lebih kurang 1.5km.

view dari dalam bas A21


Dorsett Hotel Mongkok:

Hotel yang kami pilih ialah Dorsett Mongkok. Lokasi hotel agak strategik dan berdekatan dengan Wellcome, Watsons, 500m ke Olympic MTR station dan beberapa tempat tumpuan lain termasuk juga restoran makanan halal (Roti King - makanan halal india yang terletak betul-betul di belakang Dorsett Hotel ni). Sampai sahaja di hotel dan selesai urusan check-in, kami terus terjah Wellcome yang berada di seberang jalan Dorsett Hotel ni untuk mencari stok makanan. Wellcome ni power sebab dorang labelkan makanan-makanan dan produk halal jadi senang untuk kita cari makanan halal. Lagi satu produk kat sini banyak jugak yang made in Malaysia, Indonesia.

label halal diletakkan di kesemua produk halal

Lepas borong makanan dan snek di Wellcome barulah masuk ke hotel untuk makan apa yang patut dan berehat. Dorsett jugak ada provide free shuttle services ke lokasi-lokasi tertentu (boleh rujuk website dorang kalau berminat). Saiz bilik agak kecil tapi lepas la untuk solat dan sebagainya, lengkap, cantik dan yang paling penting bersih. Lagi satu yang paling best sekali adalah perkhidmatan free unlimited 3G phone ada disediakan kepada pengunjung untuk digunakan sebagai hotspot sepanjang berjalan-jalan di HK. Dah puas berehat dan perut pun dah lapar. Misi seterusnya mengisi perut di Ma's restaurant - sebuah restoran muslim yang cukup terkenal di HK.

mobile phone yang disediakan kepada pengunjung hotel. One of the most important thing!

view dari tingkat atas hotel


Ma's restaurant

Bertolak dari hotel menaiki shuttle van yang disediakan hotel ke station MTR. Agak mudah untuk mencari restaurat Ma ni sebab terletak hanya lebih kurang 200m dari Prince Edward MTR station. Berpandukan google map, kami berjalan kaki ke sana dari MTR station dan akhirnya bertemu dengan restoran ini yang terletak di penjuru blok-blok kedai. Makanan di Ma's restaurant sangat sedap dan menu wajib untuk dicuba adalah Beef Goulash - sejenis makanan tradisional komuniti muslim disebelah mongol.

Symphony of lights

Selesai mengisi perut, kami bergerak semula ke Prince Edward MTR station untuk menyaksikan pertunjukan symphony of lights - berdekatan dengan MTR East Tsim Tsa Tsui. Tiba di Victoria Harbour lebih kurang jam 7.50pm dan Victoria Harbour sudah mulai penuh dengan manusia. Tips dia kalau nak datang tengok duduk port baik punya kenalah datang awal. Show symphony of lights bermula tepat jam 8 malam dan tempat mulai penuh setengah jam sebelum show bermula. Terhibur dengan pertunjukan lampu-lampu di bangunan-bangunan seberang laut berserta dengan iringan muzik-muzik yang sangat menarik. Show ni free of charge jadi antara aktiviti wajib jika ke HK.

            
pertunjukan Symphony of lights

Setelah selesai pertunjukan, kami beredar ke MTR station dan singgah di Heritage 1808 untuk bergambar.

Day 2:
Plan kami untuk hari ke-2 adalah Hong Kong Disneyland the whole day. Bersambung...

16 comments:

  1. Nganga jap sambil congak duit dalam tabung dah cukup ke belum erh...
    How I wish to go to HK disneyland too! Kirim salam mickey and minnie tauuuu

    ReplyDelete
  2. syoknya berjalan. lagi2 tempat yang sejuk, sedap nak jalan

    ReplyDelete
  3. Hi, great friend, walking around here. Hugs from Brazil

    http://novajerusalemdecristo.blogspot.com.br/

    ReplyDelete
  4. syokkk gilaaa jalann Hong Konggg ni, :>

    ReplyDelete
  5. Waahhh bestnyaa dapat jalan2 huhu

    ReplyDelete
  6. seronoknye dah sampai hong kong!

    ReplyDelete
  7. dok hotel hebat ni
    sop dulu duk guest house je huhuhu

    ReplyDelete
  8. helloo nice post, have a free blog trick n tips at codeflare

    ReplyDelete
  9. Hello Friend.
    Illness caught up with me.
    I wish you a nice day.
    Tebinfea.

    ReplyDelete

  10. Hello my friend
    Small pain one day, big pain another day.
    I learn to live with it.
    Good Friday
    Tebinfea.

    ReplyDelete
  11. http://novajerusalemdecristo.blogspot.com/

    ReplyDelete